Wednesday, August 19, 2009

"Black Out"



Ini adalah antara aksi dan aktiviti yang saya akan lakukan dalam PPIK bila bekalan elektrik terputus. Budak-budak ni adalah antara yang kerap datang ke PPIK. Memandang masa gambar ini saya ambil karan terputus saya buatlah aktiviti menguji tahap kemahiran mengeja dan pembacaan mereka. Boleh tahan juga budak-budak ni. Mereka berjaya mengaut RM6.80 dari saya. 2 ayat betul saya caj 10sen tapi tak apa. Nak tau siapa juara budak lelaki yang seorang tulah..

Read more...

Tuesday, August 18, 2009

Cikgu.



Biarku menjadi lilin,
memberikan cahaya,
terangi kegelapan,
rela aku berkoran,
demi satu harapan.

Nilah salah seorang dari cikgu yang mengajar saya di SK Tumunda Salimandut dahulu Cikgu Norhani Madurus. Sesekali dia datang ke PPIK membuat kerjanya dan melayari internet.
Masih maintain dan masih dengan peranannya sebagai seorang pendidik biarpun diluar waktu persekolahan.

Terima Kasih Cikgu.
Jasamu tetap dikenang.

Read more...

Thursday, August 13, 2009

Blog



Zaman dahulu manusia buat catatan pada kulit-kulit kayu dan batu-batuan, zaman selepas zaman dahulu manusia membuat catatan dalam buku yang dipanggil diari dan disimpan ditempat yang tersembunyi. Zaman sekarang catatan disimpan di dalam komputer untuk tatapan umum. Pensyarah universiti menjadikan blog sebagai medan untuk menguji sejauh mana tahap kebolehan siswa-siswi dalam penguasaan bahasa inggeris.

Read more...

Wednesday, August 12, 2009

Sepupu/adik-beradik


Sepupu/adik-beradik dalam pertalian darah BAHAGIA,
sepupu/adik-beradik dalam kerja BERJAYA,

Tiga orang kuat Kampung Salimandut,
Mohd. Fadzil Tuyundo,
Justina Tuyundo,
Lobinor Ondu.

Terima kasih kepada pemimpin terdahulu.

Hidup Salimandut, Hidup 1 Malaysia.

Read more...

Tuesday, August 11, 2009

Penternakan Itik Penelur



Penternakan ini diusahakan oleh En. Ondu Bin Manggong. Terdapat 2 ekor itik jantan dan 46 ekor itik betina yang mampu menghasilkan 44 biji telur setiap hari. Telur-telur ini dijual di gerai-gerai makan di Pekan Kota Marudu dan gerai makan yang terdapat di Kg. Salimandut dan sekitar kampung-kampung yang berhampiran. Setiap sebiji telur itik ini dijual pada kadar:

  • Telur Mentah RM0.50 sebiji
  • Telur Masin RM0.60 sebiji

Read more...

Monday, August 10, 2009

Fungsi Utama Diwujudkan


Sejak dari mula beroperasi ramai pengunjung datang ke pusat ini. Ini bertepatan dengan fungsinya sebagai sebuah "Pusat Sehenti". Biarpun kemudahan yang di sediakan agak terhad, atas keperihatinan semua pihak kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam pusat ini dapat digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Seawal usia enam tahun hingga ke usia warga emas mereka tidak ketinggalan mengunjungi pusat ini. Ada yang datang untuk belajar komputer, membuat kerja-kerja sekolah, membuat surat-menyurat, melayari internet untuk mencari maklumat dan juga membuat salinan dokumen (fotostat).

Read more...

PPIK Kg. Salimandut


Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti (PPIK) Kg. Salimandut mula beroperasi pada 30 Julai 2007. Pada mulanya hanya menumpang di Perpustakaan Desa Kg. Salimandut. Kini mempunyai bangunan sendiri yang terletak tidak jauh dari Perpustakaan Desa Kg. Salimandut dan berhadapan dengan Klinik Desa Kg. Salimandut. Pusat perkhidmatan ini menempatkan seorang penyelia yang telah dilantik oleh pihak Maxis. Penubuhan pusat ini adalah bertujuan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran komputer secara percuma dan akses internet khususnya kepada Komuniti Kg. Salimandut dan amnya kepada komuniti lain dari kampung-kampung yang berhampiran.

Read more...

GOOD THING THAT COME IN SMALL PACKAGE

GOOD THING THAT COME IN SMALL PACKAGE
This Is Salimandut Regions

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP