Monday, August 10, 2009

PPIK Kg. Salimandut


Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti (PPIK) Kg. Salimandut mula beroperasi pada 30 Julai 2007. Pada mulanya hanya menumpang di Perpustakaan Desa Kg. Salimandut. Kini mempunyai bangunan sendiri yang terletak tidak jauh dari Perpustakaan Desa Kg. Salimandut dan berhadapan dengan Klinik Desa Kg. Salimandut. Pusat perkhidmatan ini menempatkan seorang penyelia yang telah dilantik oleh pihak Maxis. Penubuhan pusat ini adalah bertujuan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran komputer secara percuma dan akses internet khususnya kepada Komuniti Kg. Salimandut dan amnya kepada komuniti lain dari kampung-kampung yang berhampiran.

0 comments:

GOOD THING THAT COME IN SMALL PACKAGE

GOOD THING THAT COME IN SMALL PACKAGE
This Is Salimandut Regions

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP